Monday, July 28, 2008

MILA TAK BUANG PENGURUS

Mula-mula saya nak tanya apa masalah sebenar Famee dan pereka fesyen Hatta Dolmat?
Kes ini tak ada kena mengena dengan Mila. Mila tak bersalah sebaliknya antara saya dengan Hatta. Kisahnya masa ABP yang lepas. Saya dan Mila ada tempah baju untuk acara itu. Yalah, dia kawan lama saya, mesti saya buat baju dengan dia. Mila pun setuju. Tapi bila dah dekat dengan acara ABP tu, baju tak siap-siap lagi.

Apa reaksi Mila?
Bila dah nak hampir dengan tarikh acara tu, Mila ada tanya saya baju dah siap ke belum? Sebagai pengurus yang dibayar gaji, saya memang kena kerja dengan Mila. Saya buat kerja sayalah dan terus tanya Hatta dia dah siapkan ke belum baju yang ditempah tu. Mungkin cara saya tu Hatta tak puas hati, dia tuduh saya ni banyak mulut. Yalah, dia kena faham. Bos kita bagi arahan, memang kena buat kerjalah.

Apa jadi dengan baju tu?
Akhirnya baju tu siap kira-kira dua hari sebelum ABP tapi design dia tak sama. Baju yang Mila tempah mula-mula gabungan warta hitam, ‘turquoise’ (biru firus) dan coklat. Tapi yang jadi lain. Baju macam corak batik tapi kami bayar juga. Mila pun tak cerewet sangat. Dia tak banyak complain pun.

Lepas tu apa jadi? Terus tempah baju dengan Hatta?
Emmm... bila dah lalui pengalaman tu, saya dan Mila cuba cari pereka fesyen lain. Masa Anugerah Industri Muzik (AIM) lepas, saya jumpa pereka fesyen baru. Mungkin sebab itulah Hatta kecil hati. Yalah, saya ni kawan dia tapi bila nak buat baju, guna khidmat orang lain. Yang tak best dalam blog dia, dia kata saya ni cari pereka fesyen kampung untuk Mila. Sekarang ni ramai pereka fesyen baru. Apa salahnya kita bagi mereka peluang.

Macam mana pula Hatta kata Mila cuba masuk campur?
Sebagai orang yang rapat dengan Mila, saya mengadu masalah itu dekat Mila. Saya hantar SMS pada dia. Mila pun balas. Dia minta saya tak layan benda-benda macam tu. Itu saja.

Katanya mesej Mila tu Famee tersalah hantar. Terhantar pada Hatta. Sebab itulah Mila pun dikait sama.
Tak tersalah hantar pun. Saya memang bagi pada Hatta nak dia tahu artis saya pun tak suka benda ni berpanjangan. Tapi lain pula yang dia faham.

Khabarnya Famee kena serang. Macam mana? Bergolok berparang ke?
Ehh... tak la sampai macam tu. Kalau berparang mesti lama dah saya report polis. Cuma dia kata tak puas hati dengan saya dalam SMS sajalah. Yang saya sedih dia kata padan muka saya, Mila buang saya jadi pengurus.

Betul ke cerita kena buang tu? Ada juga orang kata Famee ni jahat mulut?
Mila sendiri tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya tak jadi pengurus dia sebab saya nak buat kerja lama saya sebagai jurusolek. Dalam masa yang sama saya kerja dengan syarikat Mila, MC Voices & Star Sdn. Bhd. sebagai perunding imej. Kalau kena buang dah lama dah saya tak ada urusan dengan Mila. Sebaliknya dia naikkan pangkat saya lagi.

Khabarnya semasa Fahmee jadi pengurus, Famee gagal jaga Mila seperti yang dimaksudkan Hatta dalam blognya. Komen sikit!.
Maaf ya. Saya jaga dia sebaik mungkin termasuklah elakkan dia dari jadi bahan kontroversi. Bukan tu saja saya pun jadi pemandu, jaga baju dan buat mekap. Banyak kerja saya untuk Mila. Sebab itulah saya pilih untuk bagi tumpuan lain dan bukannya kena buang. Sebagai manusia penat jugalah buat banyak kerja.

Hubungan dengan Mila macam mana?
Saya tak bergaduh dengan dia pun. Sentiasa berhubung. Cuma tak selalu jumpa macam dululah. Selama ni kalau saya ada masalah dengan Mila, kami selesaikan dengan baik dan tak menyinggung perasaan sesiapa. Sesetengah artis, dia orang cakap belakang tapi kami tak macam tu. Dia pun banyak tolong saya dari segi kewangan.

Macam mana timbul awak gaduh dengan Mila?
Biasalah... bila kita ni baik dengan artis, ada saja orang yang tak puas hati. Itu semua tohmahan dan fitnah orang yang memang tak suka saya dan nak laga-lagakan saya dengan Mila. Tak apalah saya tak hairan pun.

Apa yang nak buat sekarang ni?
Saya ni tak minat nak gaduh dengan sesiapa. Dan yang saya paling tak mahu, Mila turut dikait dengan masalah ini. Cuma saya harap hubungan saya dengan Hatta tu dapatlah diselesaikan. Ini semua perkara kecil saja.

diambil dari utusan

terima kasih untuk abg niezam



BARU!!! FAMEE 2008

nantikan kemunculan famee yg telah setahun menyepikan diri dlm dunia blog...

blog yg tidak mencetus kontroversi dan publisiti murahan demi mencari populariti...

blog yg hanya mempromosi bakat yg ada dlm diri dan berkongsi dgn masyarakat....

nantikan....